TUARAN: Kerosakan jalan raya di Kampung Wasai Kiulu, Sabah di beberapa tempat akibat hakisan tanah menyebabkan pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa mengambil masa berjalan sehingga dua jam untuk ke sekolah.
Berdasarkan video tular berdurasi 19 saat yang dikongsikan di Twitter oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau, bukan sahaja keadaan itu dilihat mengganggu rutin seharian penduduk kampung, malah mereka turut berhadapan dengan risiko keselamatan akibat jalan yang sering digunakan kini menjadi laluan air.
Madius menerusi hantaran Twitter pada Rabu itu turut menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah agar mengambil tindakan segera bagi menaik taraf jalan tersebut demi kemudahan dan keselamatan penduduk kampung.
"@DrZahidHamidi @FadhlinaSiddiq Guru-guru Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa berjalan kaki 2 jam untuk sampai ke sekolah kerana jalan raya terputus di beberapa tempat akibat hakisan. #SKWasai #PPD #P170Tuaran #Hakisan", tulis Madius menerusi hantaran Twitter pada Rabu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai menerusi satu kenyataan bertulis memaklumkan, beberapa kawasan yang terkesan di jalan Kampung Wasai setakat ini dapat diakses semula selepas tindakan awal diambil oleh jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran sejurus beliau memaklumkan perkara tersebut kepada Timbalan Pengarah JKR Sabah pada hari yang sama selepas kejadian.
"Saya telah memaklumkan masalah tersebut kepada Timbalan Pengarah JKR sejurus selepas saya dimaklumkan.
"Jurutera daerah kemudian diarahkan bertindak segera dan saya dimaklumkan jentera-jentera pembaikan telah digerakkan di kawasan yang terkesan dan beberapa laluan sudah boleh dilalui," ujar Joniston dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, perkembangan terbaru mengenai keadaan jalan raya di kampung tersebut akan dimaklumkan kemudian selepas mendapat maklumat daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kiulu yang dipertanggungjawabkan memantau masalah berkenaan.
Abdul Hafiz Mustadi
Wed Jan 11 2023
Kerosakan jalan raya di Kampung Wasai Kiulu, Sabah di beberapa tempat akibat hakisan tanah menyebabkan pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa berjalan selama dua jam untuk ke sekolah. - Foto media sosial
Pemimpin dunia sampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi
Pemimpin dunia menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Presiden Iran Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Masak mi segera di stesen minyak: Empat didakwa esok
Empat daripada 15 individu yang ditahan menjalankan aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini akan didakwa di Mahkamah Bentong pada Selasa.
Pereka grafik didakwa sembunyi wang lebih RM100,000 milik seorang lelaki
Seorang pereka grafik mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang berjumlah lebih RM100,000 milik seorang lelaki.
Buruh dipenjara lapan tahun lakukan amang seksual terhadap anak tiri
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan ke atas seorang buruh kerana melakukan amang seksual terhadap anak tirinya.
Rangka manusia di ladang kelapa sawit disahkan milik Muhammad Syafiq
Identiti lelaki berusia 33 tahun itu disahkan berdasarkan siasatan dan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus kepada 7.9 juta pada April 2024 - Mavcom
Jumlah trafik udara pada April 2024 menunjukkan pemulihan berterusan dalam sektor penerbangan.
30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET - Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, elakkan daripada mana-mana pemohon terlepas peluang belajar meskipun dijangka terdapat 30,000 tempat ditawarkan dalam program UP_TVET.
AWANI Ringkas: Jenazah suspek tidak dibenarkan dibawa ke mana-mana masjid
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Fenomena astronomi: Serpihan komet melalui langit Portugal dan Sepanyol
Rakaman sebuah kamera keselamatan menunjukkan serpihan komet terang melalui langit di bandar Braga Portugal pada malam Sabtu.
Jalan terputus, guru dan pelajar SK Wasai terpaksa berjalan 2 jam ke sekolah
Kerosakan jalan raya di Kampung Wasai Kiulu, Sabah di beberapa tempat akibat hakisan tanah menyebabkan pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Wasai terpaksa berjalan selama dua jam untuk ke sekolah.